CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 11 July 2011

Macam Mana Nak Jadi Blogger Terbaik

 Sebelum hari ini aku memang malas nak buat2 blog. Segalanya aku tengok macam leceh je kejenye. Tapi sejak akhir-akhir ini, aku suka lak surf blog2 orang lain. Tengok orang posting macam2 benda, ada orang komen2, boleh tulis pape yang kita nak tulis and yang paling bestnye boleh jana duit toh. Gilerr.. Memang dulu aku tak caye dengan buat blog ni boleh buat duit. Yelah benda statik macam ni pun boleh dapat duit ke? Tapi setelah aku lihat dengan anak mata aku sendiri duit yang dapat hasil dari blogging, aku jadi excited nak buat. Korang jangan lak pikir aku ni giler duit. Standard ler sume nak duit tapi yang paling penting kita boleh share macam2 dengan orang ramai. Share benda2 manfaat je, bukan yang lain macam toh. Huhu. Okey. Balik kepada topik macam mana nak jadi blogger terbaik tadi disini aku nak kongsikan tips dari sifu yang membuatkan aku tertarik nak buat blog ni. Eh. Lupa pulak, mesti pelik je tentang aku. Yelah baru 1st posting dah nak tunjuk terer. Ala. Aku tak tahu nak tulis apa lagi nih, idea tak datang lagi ma.. Argghh.. Abaikan jelah. Yang penting kita share je apa yang kita tahu. So cara-caranya ialah ,
  1. Blog tidak semestinya cantik, cukup sekadar simple dan mudah untuk orang melihat.
  2. Posting biarlah yang bersifat long distance. Maksud aku benda yang akan selalu orang search contoh 'macam mana nak naikkan traffic blog'. Mesti ramai kan orang search tentang nih?
  3. Tajuk posting memainkan peranan penting jugak. Biarlah tajuk toh ibarat soalan.
  4. Posting korang biarlah padat dan mudah difahami. Contoh ada 1 blog ni aku lupa pulak namanya, dalam 1 hari toh 20 kali sahaja aku surf blog dia. Nak tahu sebab apa? Sebab isi kandungan post2 dia bagus dan mudah aku fahami.
  5. Setelah publish post baru, korang pergi addurl post baru dengan google. Add kat sini . Lepas toh ping blog korang kat sini pulak
  6. Bagi yang newbie macam aku ni rajin2 buat post baru dan promote blog kat kawan2. Yang terbaik promote kat kawan2 facebook toh. 
  7. Buat blogwalking selalu. Apa itu blogwalking? Blogwalking maksudnya kita surf ke blog orang lain dan tinggalkan jejak kita di ruang chatbox. Lepas toh nanti owner blog akan tengok and blogwalking ke blog korang balik. Pusing-pusing ler macam toh sampai mati. Hehehe.
  8. Rajinkan diri komen2 kat blog orang lain. Dengan toh blog korang akan jadi cepat top nanti.
  9. Cari ramai follower. Bukan untuk bergaduh tapi nanti senang blog korang nak dapat hit dari derang. Kadang2 blog kita tiada dalam search engine. So toh cara nak dapatkan hit blog mudah walaupun tiada dalam search engine mana2.
  10. Kalau post korang dikomen cepat2 korang balas balik. Selepas itu bagitahu pengkomen toh bahawa komen dia dah dibalas.
  11. Jangan menipu. Maksudnya tajuk gempak, tapi content haprak. Memang ler akan attract ramai orang untuk tengok, tapi lame2 bila tengok je url blog korang derang cakap penipu je ni. Huhuhu. Banyak dah terkena.
  12. Yang selebihnya korang fikirlah sendiri.
So cube ler tips aku di atas toh. Kalau yang dah tahu, tahulah, kalau yang tak tahu, belajarlah.

5 comments:

Unknown said...

btul btul !! :)

Ken Wooi said...

tulis blog yang menarik :)

cik dila.. said...

hehe..nak follow ko.:)

mrs.radaishah said...

thx comment..baru je lg..follow r..da bukak button follow

nz_adios said...

me follow to n follow me

Post a Comment